Disclaimer / Penafian

Warning !!!!

The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable while every caution has been taken to provide my readers with most accuarate information and honest analysis. Please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog.
Author will not compensate you in any way whatover if you ever happen to suffer a loss/inconvenience/damage because of/while making use of information in This Blog.

Thursday, 13 October 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT



ayuh kita sertai perjuangan dan kebangkitan umat melayu dalam perhimpunan anti murtad terbesar di selangor.


mohon sebarkan di dalam blog,fb dan twitter..


kita pejuang anti murtad, manakala anwar ibrahim setuju lina joy murtad.


soalan, anda nak sokong siapa ?

Monday, 10 October 2011

KENYATAAN SULTAN SELANGOR Isu Serbuan JAIS atas DUMC...

AddThis Social Bookmark Button
Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat   di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS.  Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988  yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan.  Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
Sultan Selangor Darul Ehsan
12hb Dzulkaedah 1432Hijrah
10hb Oktober 2011

Thursday, 6 October 2011

Susahnya Nak Makan Tengahari ....

Dalam Sejarah dalam hidup den nie makan tempat2 terlalu xlusif ...mungkin seumur hidup sekali aje dapat makan kat tempat nie ... Malaysia Petroluem Club (MPC) tempat nie mmg terlalu xlusif pergh ...confirm den nie pakai copstick pun dah mcm main pedang tapi tu la pengalaman den makan kat tempat yg selalu Tun Dr Mahathir makan lunch ..hehehhehe

Den nie dapat makan kat sini pasal den punya big boss yg ajak makan ...alahai bestnya nak naik ke tingkat 41 nie aje kena lalu mcm kat airport cek satu badan lalu metal door kot org putih cakap hehehe...

Org lain punya la susah nak sampai kat sky bridge tapi den sonang aje sampai hehehe

mmg cun ambik gambo dari atas nie...kalau la ada den punya dslr tentu abis den snap ...

nie la boss den...mmg sempoi org nya tapi tegas hehehe


ni pulak den...sengetkan kepala sikit hehehehe...


tu aje la tapi mmg terbaek bos den nie ...

Susahnya Nak Lupakan



Biasalaaa bila bercinta semuanya indah ...... memang tak dapat lupakan si-Dia . Makan ingatkan si-Dia , Tidur ingatkan si-Dia , Mandi ingatkan si-Dia ... boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si-Dia laaa .

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih .....
jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si-Dia kamu .

Terima Hakikat

Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda . Anda perlu
belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan
perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri

Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan
menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda . Cuba anda pergi ke
satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda . Tapi jangan laaa
buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda .

Luahkan perasaan anda

Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda . Mungkin dia tidak banyak
membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat
menghilangkan tekanan anda .

Anda pula dengar luahan mereka

Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda
bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain

Masih tak dapat lupakan si-Dia ? urghhh susah nie . Macam nielaaa kalau masih teringatkan
si-Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain ... ahli keluarga ke , artis ke , idola ke ,
tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda .. bahaya tu karang
jadi lain lak .

Buang jer hadiah tu

Bunga ke ... jam ke ... penanda buku ke .. novel ke .. anda buang sahaja hadiah tu ...mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik . Atau anda
pulangkan kembali hadiah itu kepada si-Dia . Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu
kerana anda seperti menghina pemberian si-Dia . Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah
seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu